JOSE PEKERMAN
JOSE PEKERMAN
AFP

BOGOTA: Jurulatih dari Argentina, Jose Pekerman meletak jawatan sebagai pengendali skuad bola sepak Colombia, hanya selepas dua bulan nengetuai pasukan mara ke peringkat kalah mati di Piala Dunia Russia. 

Pekerman, 69, menggalas tugas berkenaan sejak 2012 dan berjaya membawa Colombia mara ke saingan akhir Piala Dunia.

Jaringan Yerry Mina pada minit terakhir berjaya memastikan Colombia mengikat England 1-1 di peringkat 16 terbaik di Russia tetapi skuad dari Amerika Selatan itu tersingkir selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti.  

Presiden Persatuan Bolasepak Colombia, Ramon Jesurun menghargai sumbangan Pekerman yang disifatkan sebagai sangat membanggakan. 

Di bawah kendalian Pekerman, Colombia melangkah ke suku akhir Piala Dunia di Brazil empat tahun lalu, sebelum tumbang kepada tuan rumah. 

Mereka juga berada dalam kelompok lapan terbaik Copa Amerika 2015, sebelum menamatkan  saingan di tangga ketiga pada saingan berikutnya.

Sebelum ini, Pekerman pernah mengemudi Argentina pada Piala Dunia 2006, dan mereka tewas kepada tuan rumah, Jerman pada saingan suku akhir.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 7:17 AM