POGBA (kiri) bersama Deschamps. FOTO Reuters
POGBA (kiri) bersama Deschamps. FOTO Reuters
AFP

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps menolak kemungkinan Piala Dunia di Russia menjadi penampilan terakhir pemain tengah Manchester United, Paul Pogba pada kejohanan berprestij itu.

Pogba, 25, mencetuskan persoalan Ahad lalu apabila memberitahu media bahawa Piala Dunia kali ini mungkin penampilan terakhirnya kerana menegaskan tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. 

"Saya tidak fikir ia akan menjadi penampilan terakhirnya kerana dia baru berusia 25 tahun. 

"Dalam tempoh empat tahun lagi, dia akan berusia 29 tahun. Kemungkinan dia akan beraksi lagi dengan pemain lain," kata Deschamps menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Denmark, esok.

"Dia sudah melalui beberapa tempoh yang lebih sukar.

Pada pandangan saya, saya masih melihat dia seorang pemain yang sama.

"Dia meraih banyak pengalaman meskipun usianya baru 25 tahun. Dia seorang yang periang dan bermotivasi tinggi," kata Deschamps lagi yang mengambil alih tugas selaku jurulatih Perancis sejak 2012.

Perancis kini menduduki tangga teratas Kumpulan C dengan mengumpul enam mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas Australia dan Peru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 11:33 PM