POGBA diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis. FOTO Agensi
POGBA diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis. FOTO Agensi
AFP

PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis yang diumumkan hari ini untuk saingan Liga Negara-Negara bulan depan bertemu Sweden dan Croatia selepas didapati positif Covid-19, kata jurulatih Didier Deschamps.

Pogba yang juga pemenang Piala Dunia, digantikan dengan pemain muda, Eduardo Camavinga yang mendapat panggilan kali pertama bersama-sama pemain tengah Lyon, Houssem Aouar dan pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano.

"Malangnya selepas menjalani ujian semalam, dia didapati positif Covid-19 hari ini," kata Deschamps.

Pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot turut dipanggil kali pertama selepas dua tahun lalu dia enggan diletakkan dalam senarai menunggu pada Piala Dunia 2018.

"Dia berada pada tahap terbaik sekali lagi. Saya tidak mahu melihat perkara lalu. Dia kini menjadi pilihan untuk disenaraikan," kata Deschamps.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 10:20 PM