Pogba (tengah) nadi jentera tengah United. FOTO Getty Images
Pogba (tengah) nadi jentera tengah United. FOTO Getty Images
Agensi

Paris: Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba "mempunyai semuanya" untuk menang anugerah Ballon d'Or pada masa depan kata bekas rakan sepasukannya, Ander Herrera.

Perancang tengah Paris St-Germain itu sedang melakukan persiapan berdepan bekas kelabnya dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi nanti.

Herrera, 31, yang meninggalkan Old Trafford pada 2019, berkata: "Tiada pemain lain seperti dia - satu lawan satu, kotak demi kotak.

"Dia mempunyai segalanya untuk memenangi Ballon d'Or jika kelabnya bersaingan dalam menjulang trofi utama."

Pogba, 27, pemenang Piala Dunia bersama skuad Perancis melakukan empat penampilan dalam semua kejohanan setakat musim ini, menjaringkan satu gol ketika membantu kemenangan 3-0 ke atas Brighton dalam saingan pusingan empat Piala Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 9:13 AM