YIBING (kiri) menewaskan Geller untuk mengungguli perseorangan lelaki remaja Terbuka AS.
YIBING (kiri) menewaskan Geller untuk mengungguli perseorangan lelaki remaja Terbuka AS.
AFP

NEW YORK: Wu Yibing melaungkan amaran bahawa kancah tenis lelaki China sedang meningkat awal pagi tadi selepas melakar pencapaian menarik menjuarai acara perseorangan lelaki remaja Grand Slam pada Terbuka AS.

Pilihan kedua berusia 17 tahun dari Hangzhou itu muncul pemain pertama lelaki remaja China memenangi gelaran Grand Slam selepas mengalahkan pilihan utama dari Argentina, Axel Geller 6-4, 6-4.

“Saya fikir ini melonjakkan kami dan menunjukkan kepada dunia pemain lelaki remaja China boleh bagus dan lebih baik lagi serta lelaki China.”

Yibing layak ke separuh akhir Terbuka Australia tahun ini selain mara ke suku akhir Wimbledon.

Dalam acara beregu lelaki remaja, Yibing bergandingan dengan pemain Taiwan, Hsu Yu Hsiou muncul sebagai pasangan pertama Asia merangkul kejuaraan beregu lelaki remaja Terbuka AS, menewaskan beregu Jepun, Toru Horie dan Yuta Shimizu 6-4, 5-7, 11-9.

“Amat gembira dan menyeronokkan menang acara beregu dan perseorangan di sini,” kata Yibing.

“Terima kasih kepada semua warga China di sini. Ia untuk China. Ia untuk saya.”

Seorang lagi pemain Asia yang berjaya memenangi kejuaraan perseorangan lelaki remaja Terbuka AS adalah pemain India, Leander Paes pada 1991.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 11:04 AM