ALEXANDER ZVEREV. -AFP
ALEXANDER ZVEREV. -AFP
AFP

ALEXANDER Zverev menyertai Terbuka Amerika Syarikat dengan penuh keyakinan dan berasa yang terbaik menjelang mana-mana kejohanan Grand Slam sekalipun dikejutkan dalam perlawanan pertamanya pada kejohanan Masters Cincinnati dalam Jelajah ATP, awal pagi tadi.

Pemain wildcard AS berusia 19 tahun, Frances Tiafoe menewaskan pemain ranking ketujuh dari Jerman itu 4-6, 6-3, 6-4 pada pusingan kedua pada kejohanan pemanas badan terakhir menjelang Terbuka AS, yang bermula 28 Ogos ini.

Zverev menang kejuaraan di Montreal dan Washington sekali gus mengumpul lima kejuaraan tahun ini dan menyamai juara Terbuka Australia, Roger Federer bagi kemenangan terbanyak ATP pada 2017 selepas menundukkan pemenang 19 gelaran Grand Slam itu pada final di Montreal.

“Saya sudah mengalahkan ramai pemain hebat. Saya sudah mengalahkan ramai pemain kelompok 10 teratas. Saya sudah bermain banyak perlawanan besar,” kata Zverev.

“Saya berasa amat yakin dengan cara saya bermain. Saya berasa ini saat terbaik menjelang acara Grand Slam dan keyakinan itu terbukti di gelanggang.”

Namun keperitan 10 kemenangan berturut-turut menjerat pemain berusia 20 tahun dari Hamburg itu di Cincinnati, yang mana dia hanya bermain pada tahap 10 peratus pada pertengahan set kedua.

“Saya bukannya jentera. Saya letih. Tiada guna merahsiakannya,” kata Zverev.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 11:54 AM