PERKUMPULAN motosikal RXZ terbesar.
PERKUMPULAN motosikal RXZ terbesar.
PEMILIK hadir dari seluruh negara.
PEMILIK hadir dari seluruh negara.
Lizam Ridzuan


SELEPAS dua tahun tidak dianjurkan, program RXZ Members 4.0 2022 diadakan baru-baru ini di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Terengganu.

Ia adalah perhimpunan terbesar buat pemilik motosikal Yamaha RXZ iaitu motosikal 'street' dua lejang popular sekitar 80an hingga 90an anjuran Kelab Sukan Rekreasi Terengganu X Pacers dan Kelab RXZ Members Official Malaysia.

Sebelum ini, ia pernah diadakan pada 2017, 2018 dan 2019 dan pada edisi keempat ini, ia dihadiri lebih 40,000 pemilik serta peminat motosikal itu dari seluruh negara.

Lebih istimewa, ia turut dikunjungi Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang merasmikan acara berkenaan.

Malah pada ucapannya, Ismail Sabri memaklumkan yang kerajaan bercadang untuk membina litar khas bagi perlumbaan 'drag' di setiap negeri sebagai usaha membangunkan sukan permotoran di Malaysia.

"Penganjuran program seumpama ini sangat dialu-alukan kerana dapat mengetengahkan minat anak muda, memberikan impak positif dan memupuk minat mereka dalam bidang permotoran.

"Ia sekali gus dapat mengurangkan tanggapan negatif terhadap penunggang motosikal yang selama ini sering dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif seperti lumba haram.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir merasmikan program.
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir merasmikan program.

"Program ini juga sebenarnya mampu membantu merancakkan ekonomi negara dengan menggerakkan sektor pelancongan, pengangkutan dan sektor lain selain memupuk silaturahim," katanya.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Penyelaras program, Mohamad Faizal Ali berkata, acara tahun ini paling meriah kerana mendapat sokongan penuh daripada pemilik RXZ seluruh negara.

"Malah ada juga yang datang dari Sabah dan Sarawak dengan membawa motosikal mereka menggunakan kapal terbang untuk ke Terengganu.

PERTANDINGAN motosikal tercantik.
PERTANDINGAN motosikal tercantik.

"Ia membuatkan kami terharu di atas sambutan hebat sebegini," katanya.

Tarikan utama acara ini ialah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah superbike Yamaha R1 1,000cc bernilai RM135,000 serta dua Yamaha RXZ (Catalyzer dan Millenium) bernilai RM60,000.

Pelbagai aktiviti turut diadakan selama dua hari acara berkenaan seperti jualan baju permotoran, pertandingan motosikal tercantik, aksi lagak ngeri dan 'Dyno Battle'.

MOTOSIKAL dalam keadaan asal ‘standard’.
MOTOSIKAL dalam keadaan asal ‘standard’.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 6:20 AM