Lizam Ridzuan

Umpama baru keluar kilang, jentera seperti Yamaha TZ-R, RX-S, TZM, SS-Two,100 Sports, Suzuki Katana, Kawasaki ZZR, Serpico dan Cyclone berderet memenuhi kawasan parkir pasar raya Giant Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada hujung minggu baru-baru ini.

DIBANJIRI motosikal era 80-an.
DIBANJIRI motosikal era 80-an.

Sebahagian besar jentera yang menjadi ikon sekitar 80-an hingga 90-an itu 'cukup berkilat' malah umpama membuat kemunculan semula pada program berkenaan.

Derumannya saja membuatkan ramai terpegun dengan jentera dua lejang berkenaan.

YAMAHA RX-S antara motosikal yang mendominasi acara.
YAMAHA RX-S antara motosikal yang mendominasi acara.

Sebagai jentera ikonik, ia menjadi tarikan utama acara 'Retromania Grand Gathering' (RGG) 2022 edisi ke-10 yang julung kalinya diadakan di luar lokasi kebiasaan mereka iaitu di Morib.

Penganjur dan Penyelaras RGG 2022, Hamdan Ishak berkata, acara ini tidak dapat diadakan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

CAGIVA Stella turut mempunyai peminat di Malaysia.
CAGIVA Stella turut mempunyai peminat di Malaysia.

"Perancangannya sudah dimulakan pada awal 2022 dan akhirnya, ia berjaya dilaksanakan hasil sokongan lebih 15 kumpulan bermotosikal.

"Kali ini, lebih 50 kumpulan bermotosikal retro dari seluruh negara turun memeriahkan RGG 2022 yang dianggarkan dihadiri kira-kira 35,000 orang," katanya.

HONDA Raider dijaga rapi.
HONDA Raider dijaga rapi.

RGG 2022 juga mendapat perhatian wakil empat kelab motosikal retro dari Indonesia serta sebuah dari Singapura.

Turut hadir bekas pelumba motosikal negara iaitu Wazi Abdul Hamid (pelumba Suzuki, 90-an), Daud Nawi (Suzuki, 80-an), Ong Kah Beng (Yamaha, 70-an) , Ghazali Abdullah (Cagiva, 80-an), Munisparan (Suzuki, 90-an), Cletus Anthony, Hisham Ngadin dan Ismail Klewon (Yamaha, 80-an), Mustapha Abu (MSC, 80-an).

Acara lain ialah cabutan bertuah dengan hadiah utamanya motosikal retro seperti Honda Fame dan RX King.

HAMDAN (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Wazi.
HAMDAN (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Wazi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2023 @ 6:20 AM