ANWAR menerima panggilan telefon daripada rakan  sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini. FOTO FB Anwar Ibrahim
ANWAR menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini. FOTO FB Anwar Ibrahim
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dinyatakan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada rakat sejawatnya dari Pakistan iaitu Shehbaz Sharif hari ini.

"Saya turut memuji Perdana Menteri Shehbaz atas keberanian beliau memposisikan kedudukan Pakistan terkait kemelut di Gaza.

"Seharusnya pemimpin Islam negara lain perlu terus mengukuhkan sokongan dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar memaklumkan mereka juga merancang untuk bertemu di ibu negara Pakistan iaitu Islamabad dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuh.

Menerusi panggilan telefon itu, Anwar dan Shehbaz turut berbalas ucapan selamat menyambut Aidiladha selain mendoakan kesejahteraan bersama dan keluarga serta rakyat kedua-dua negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 9:12 PM