JIKA Pepe (kuning) diturun Portugal dalam perlawanan di Euro 2024 dia akan menjadi pemain paling berusia beraksi di pentas Eropah itu. -FOTO AFP
JIKA Pepe (kuning) diturun Portugal dalam perlawanan di Euro 2024 dia akan menjadi pemain paling berusia beraksi di pentas Eropah itu. -FOTO AFP
Agensi

Hamburg: Pepe menjadi pemain terbaik Portugal di bahagian belakang selama dua dekad dan dia bakal menjadi pemain tertua Euro di Jerman selepas kerjaya yang luar biasa dan kontroversi yang ditimbulkan olehnya.

Apabila Portugal beraksi di Leipzig untuk menentang Republik Czech dalam perlawanan pembuka Euro 2024, mereka mungkin menggandingkan dua pemain tertua dalam pertandingan ini.

Di satu sudut di hujung padang akan berada Cristiano Ronaldo, 39 tahun - pencetak gol terbanyak sepanjang masa dalam pertandingan antarabangsa dengan semangat yang tidak putus menjaringkan gol dan rekod.

Di satu sudut yang lain terdapat jeneral pertahanan berumur 41 tahun, Kepler Laveram de Lima Ferreira, atau lebih dikenali sebagai Pepe oleh orang ramai.

Bek tengah kelahiran Brazil itu mempunyai 137 caps dan boleh mencipta sejarah apabila muncul di Euro kelimanya, kurang satu perlawanan daripada pemenang Ballon d'Or lima kali, Ronaldo.

Sekiranya pengurus Roberto Martinez memilihnya untuk turun beraksi mana-mana tiga perlawanan kumpulan Portugal, Pepe akan menjadi pemain tertua pernah bermain di Euro.

Rekod itu kini dipegang oleh Gabor Kiraly dari Hungary, yang bermain pada usia 40 tahun dan 86 hari ketika berlawanan dengan Belgium pada tahun 2016.

Namun, ia mungkin tidak akan bertahan lama lagi jika kehadiran Pepe dalam kemenangan mesra 3-0 menentang Ireland minggu lalu menjadi penanda aras.

Dia mungkin akan menjadi pemain paling berusia di Euro jika dilihat prestasi membanggakan yang dipamerkan olehnya ketika kempen Liga Juara-Juara bersama Porto musim lalu, berkat persembahannya yang cemerlang menentang Arsenal dalam peringkat 16 terakhir.

Dua perlawanan itu, turut menjadi pemain berusia dalam sejarah perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Dia menandatangani kontrak dengan Real Madrid pada Julai 2007, pada bulan yang sama ketika harapan baru Sepanyol, Lamine Yamal, dilahirkan.

Namun kariernya turut terpalit dengan beberapa insiden besar sepanjang 20 tahun bermain di Eropah.

Pada tahun 2009, dia "hilang kawalan" selepas memberi sepakan penalti kepada Getafe, dua kali menendang lawannya Francisco Casquero yang baru saja dijatuhkannya ke tanah dan memijak lawan dalam insiden yang mengejutkan ramai itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 7:50 PM