PERTANDINGAN autoshow motosikal.
PERTANDINGAN autoshow motosikal.
TARIK peminat motosikal Johor.
TARIK peminat motosikal Johor.
Lizam Ridzuan


BERSEMPENA jelajah Aspirasi Orang Muda Johor@Segamat, satu acara permotoran diadakan menerusi Segamat Bike Day 2.0 anjuran Majlis Belia Daerah Segamat.

Ia penganjuran kali kedua persatuan itu yang diadakan di Dataran Segamat dan kali ini dihadiri lebih 8,000 belia dari sekitar daerah dan negeri Johor dengan pebagai aktiviti menarik diadakan.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, Mohd Faiz Mohamad berkata, selain permotoran acara ini memfokus kepada aktiviti belia yang terdiri daripada aspek fizikal dan kerohanian.

"Kita adakan aktiviti Semarak Subuh Belia di Masjid Jamek Segamat, pertadingan golf, hoki, karnival kerjaya dan penyerahan geran peralatan perniagaan daripada Perbadanan Usahawan Johor Bahru (PUJB) serta banyak lagi aktiviti lain untuk pembangunan belia setempat," katanya.

Ia dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

LEBIH 8,000 pengunjung hadir.
LEBIH 8,000 pengunjung hadir.

Segamat Bike Day 2.0 dimeriahkan dengan acara pertandingan Autoshow motosikal sebanyak tiga kategori iaitu Open, Retro dan Standard Body selain 'Best Supporter' dan motosikal pilihan ramai.

Johan setiap kategori menerima wang tunai RM300, naib johan RM200, ketiga RM100, selain piala dan sijil penyertaaan.

Tidak sekadar untuk peserta, malah pengunjung disediakan pelbagai cabutan bertuah dengan hadiah iaitu sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dimenangi seorang pengunjung wanita.

Selain itu selebriti undangan, Achey hadir sebagai moderator untuk 'townhall' Aspirasi Belia di pentas utama sebagai antara aktiviti dalam Segamat Bike Day 2.0 ini.

PEMENANG motosikal RXZ.
PEMENANG motosikal RXZ.

Sesi ini disertai oleh peninju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron, Pengasas Restoran Lazy Monday, Datuk Siti Aminah Haji Ahmad dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tuan Aznan Tamin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 6:20 AM