Seorang penyanyi melakukan persembahan di rumah opera di Hamburg sempena Euro 2024. - Reuters
Seorang penyanyi melakukan persembahan di rumah opera di Hamburg sempena Euro 2024. - Reuters

Reuters

Hamburg: Demam bola sepak di Euro 2024 di Jerman bukan semata-mata dirasai di stadium yang penuh sesak, bar yang riuh dan dataran bandar yang padat - namun suasana itu turut berjangkit ke rumah opera.

Di pesisir sungai Elbe di Hamburg, salah satu bandar tuan rumah kejohanan Euro 2024, tiket sebuah produksi baru yang dipanggil "Fussballoper" (Opera Bola Sepak) habis dijual kepada pencinta sukan dan muzik.

Karya oleh pengarah Inken Rahardt ini menghidupkan semula padang bola sepak dan interaksi kacau-bilau antara pemain, pengadil dan bola, menggabungkan sorakan peminat dengan gaya tradisional dan lagu pop. Semestinya, ia berlangsung selama 90 minit seperti tempoh masa satu perlawanan.

"Hubungan antara bola sepak dan opera sangat sempurna," kata Rahardt ketika berada di tempat Opernloft (Opera Loft) di sebuah kawasan trendy di bandar kedua terbesar Jerman itu.

"Dewan itu bergegar, orang ramai bergembira, mereka mengetahui gerakan bola sepak, menghubungkan itu dengan muzik emosional opera dan hanya menikmati malam yang hebat."

Lagu-lagu yang dimainkan termasuk dari anthem Liga Juara-Juara hingga "Nessun dorma" oleh Giacomo Puccini dengan banyak penyertaan daripada penyokong yang memakai topi dan selendang berwarna-warni.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 9:34 PM