Tetamu jemputan khas memeriahkan acara perasmian
Tetamu jemputan khas memeriahkan acara perasmian

Kuala Lumpur: Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso mengadakan majlis perasmian secara besar-besaran bersempena dengan pembukaan 'Pink Store' mereka yang pertama di Pavilion Bukit Jalil.

Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ye Guo Fu, Miniso berkembang pesat sejak penubuhannya pada 2013, kini mempunyai lebih 4,200 cawangan di 80 negara termasuk Malaysia.

Berkeluasan 3,700 kaki persegi, lokasi Pavilion Bukit Jalil menandakan satu peristiwa penting buat jenama itu sebagai 'Kedai Merah Jambu' pertama mereka, dengan mengaplikasikan konsep yang diilhamkan dari kolaborasi Miniso dengan jenama popular keluaran Mattel, Barbie.

Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Goong berkata, sebagai jenama kedai barangan kehidupan paling trendy masa kini, tujuan Miniso adalah "Life is for Fun", yang menggalakkan 'Falsafah Kegembiraan'.

Katanya, pelbagai produk IP baru yang trendy dan suasana dalam kedai yang meriah.

"Ini menggambarkan falsafah kegembiraan Miniso dan akan mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan bagi pembeli di negara ini," katanya.

Majlis Perasmian Miniso berlangsung meriah.
Majlis Perasmian Miniso berlangsung meriah.

Tambahnya, setiap produk yang dihasilkan oleh Miniso mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan orang ramai dan menawarkan kejutan serta keseronokan kepada pelanggan.

"Reka bentuk yang estetika, kualiti dan kemampuan adalah teras bagi setiap produk dalam portfolio produknya yang luas, Miniso terus mengeluarkan produk yang berkualiti ini secara kerap." katanya.

Antara produk yang ditampilkan di 'Pink Store' adalah dari siri jenama terkenal seperti BT21, Minions, Pokemon, Disney, Barbie serta Plush Dun Dun Chicken. Turut ditawarkan barisan produk kecantikan dari jenama terkenal seperti Skintific, Y.O.U, Dazzle, BNB, Wardah, IN2IT, Into You, KissMe, 16 Brand, BBIA, Dododots, Bone Idol Beauty dan banyak lagi.

Sempena dengan majlis perasmian Miniso yang terkenal dengan produk gaya hidup yang berkualiti tinggi dan mampu milik, turut menawarkan diskaun harga serta promosi eksklusif kepada setiap pelanggan yang hadir.

Orang ramai yang hadir teruja menyaksikan konsep Miniso ‘Pink Store’
Orang ramai yang hadir teruja menyaksikan konsep Miniso ‘Pink Store’

Acara pembukaan Miniso 'Pink Store', turut menampilkan kehadiran pempengaruh media sosial Fiqrie, pengacara popular Fiza Frizzy dan persembahan DJ Suicide J, serta tarian singa berwarna merah jambu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 9:41 PM