LOGO baru EON tampil lebih moden.
LOGO baru EON tampil lebih moden.
Lizam Ridzuan

 

Kuala Lumpur: Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) memperkenalkan logo syarikat baharu yang juga penjenamaan kali ketiga dilakukan oleh mereka.

Ditubuhkan pada 1984 yang ketika itu sebagai pengedar eksklusif kereta Proton di Malaysia, pada 1990 perubahan kecil pada logo dilakukan sempena penyenaraian di Bursa Malaysia. 

Logo baharu ini adalah perubahan menyeluruh daripada logo sebelumnya, dengan penampilan yang lebih garang dan moden. 

Akronim "EON" dengan jenis huruf lebih moden sebagai kematangan usia jenama itu yang lebih 30 tahun berkecimpung dalam pengedaran automotif di Malaysia.

Huruf 'E' berwarna merah terletak dalam bentuk berlian biru melambangkan langkah syarikat untuk maju ke hadapan.

Ia juga melihatkan keberanian syarikat yang mengedar beberapa jenama automotif di Malaysia.

Berlian biru juga menggambarkan kekuatan 36 tahun sebuah jenama yang kekal utuh, selain ciri kesetiaan dan kebijaksanaan.

Penjenamaan ini juga seiring dengan Proton kembali diedarkan oleh EON yang mengendalikan sembilan pusat pengedar selepas mengambil alih cawangan itu daripada Proton Edar.

EON turut mengedarkan jenama Audi, Volkswagen dan Mitsubishi serta syarikat sewa dan pajakan kereta, Avis Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 9:30 AM