Antara motosikal yang rosak teruk akibat banjir ditinggalkan di lorong premis perniagaan ketika tinjauan pascabanjir di sekitar Taman Sri Muda. FOTO Owee Ah Chun
Antara motosikal yang rosak teruk akibat banjir ditinggalkan di lorong premis perniagaan ketika tinjauan pascabanjir di sekitar Taman Sri Muda. FOTO Owee Ah Chun
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Persatuan Pengilang dan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MASSAM) menghargai usaha kerajaan Malaysia menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkaitan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia baru-baru ini, bantuan berkenaan dapat meringankan beban golongan yang terjejas banjir.

Antara inisiatif yang ditawarkan ialah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai sehingga RM1,000 kepada warganegara yang layak bagi baik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir termasuk motosikal.

Untuk memanfaatkan baucar diskaun itu, pemilik kenderaan boleh menghubungi pusat servis atau pengedar sah untuk program ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Jenama motosikal yang terbabit dalam program Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai RM1,000 ialah:

1. Hong Leong Yamaha Motor (yamaha-motor.com.my)

2. Boon Siew Honda (boonsiewhonda.com.my)

3. Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) (modenas.com.my)

4. Mofaz Motosikal (mofaz.com/mofaz-motosikal)

5. KMSB Motors (suzuki.com.my)

Tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ialah sehingga 31 Mac 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 10:03 AM