JDT galas cabaran dalam saingan ACL Elite.
JDT galas cabaran dalam saingan ACL Elite.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Saingan Liga Super terus maju ke hadapan apabila dinobatkan sebagai liga kedua terbaik di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Berdasarkan kepada statistik di laman Footy Rankings menunjukkan saingan Liga Super mempamerkan peningkatan positif hingga menyaksikan saingan kompetitif itu mendapat perhatian umum.

Liga Super Malaysia kini mengumpul 58.1 mata dan berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara selepas Liga Thailand yang kekal menjadi liga terbaik di Asean.

Liga Vietnam menyusul di tangga ketiga dengan 58 mata disusuli oleh beberapa liga Asia Tenggara lain seperti Liga 1 Indonesia (57.4), Liga Filipina (54.5), Liga Singapura (52.2), Liga Myanmar (47.7) dan Liga Kemboja (44.2).

Sementara itu, di peringkat Asia pula menyaksikan saingan K League 1 di tempat pertama dengan 72.9 mata manakala J1 League (72.7) dan Liga Saudi (71.8).

Berdasarkan kepada kedudukan terbabit, peningkatan saingan Liga Super banyak dibantu oleh kejayaan kelab seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mara sehingga ke pusingan kalah mati ACL 2022 dan KL City yang muncul naib juara Piala AFC 2022.

Malaysia kini memiliki dua wakil akan beraksi pada kejohanan tertinggi iaitu JDT di ACL Elite dan Selangor di ACL2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 5:32 PM