Sungai Yangtze
Sungai Yangtze
Bernama-Xinhua

Beijing: Paras air di bahagian tengah dan hilir Sungai Yangtze -- sungai terpanjang di China -- di muara Tasik Dongting, telah melepasi tanda amaran, menurut Kementerian Sumber Air pada Selasa.

Paras air di stesen pemantauan Yangtze Hankou di Provinsi Hubei, tengah China, telah mencapai 27.31 meter pada lewat Isnin, 0.01 meter melebihi tanda amaran, kata kementerian itu, lapor Xinhua.

Sungai Yangtze dijangka melihat paras air di kawasan tengah dan hilirnya terus meningkat, menurut amaran banjir yang dikeluarkan oleh kementerian itu.

Paras air di kawasan tengah dan hilir sungai serta lembangan Tasik Dongting dan Tasik Poyang dijangka beransur-ansur menurun selepas Jumaat, menurut amaran itu.

Hujan lebat yang berterusan telah melanda kawasan tengah dan hilir Sungai Yangtze sejak kawasan itu memasuki musim hujan tahunan, dikenali sebagai "musim hujan plum" pada 18 Jun.

Pada 28 Jun, Sungai Yangtze mengalami banjir pertama pada 2024, apabila paras air di stesen hidrologi Jiujiang, satu daripada tapak pemantauan utama bagi paras air sungai utama di bahagian tengah dan hilir Sungai Yangtze, telah meningkat kepada 20 meter, mencapai paras amaran.

Pihak berkuasa sumber air negara telah berusaha sedaya upaya dalam kerja-kerja kawalan banjir, menghantar kumpulan kerja untuk membimbing kerja pencegahan banjir di barisan hadapan dan menggunakan takungan untuk mengurangkan tekanan kawalan banjir di kawasan tengah dan hilir Sungai Yangtze.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 5:03 PM