FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Lizam Ridzuan


Naza Italia dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan tidak lagi menjadi pengedar eksklusif jenama kereta sports mewah dari Itali itu untuk pasaran di Malaysia.

Ia adalah keputusan yang dilakukan selepas meneliti perniagaan automotif Naza serta apa yang sesuai dengan perniagaan syarikat itu selepas tidak seiring terhadap jangkaan Ferrari S.p.A (Ferrari) dengan strategi syarikat.

Pengunduran daripada Ferrari adalah tepat pada masanya untuk Naza Italia bagi menumpukkan kepada jenama edaran mereka yang lain selain dapat mengagihkan semula sumber kepada jenama yang sesuai ke dalam strategi perniagaan automotif mereka.

Mereka akan terus memberikan sokongan kepada Ferrari untuk peralihan perniagaan yang lancar sehingga April 2023.

Naza Italia juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang sudah lama wujud dan semoga jenama Ferrari terus berjaya untuk masa hadapan.

Naza Italia mula menjadi pengedar dan pengimport eksklusif Ferrari di Malaysia sejak 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2023 @ 8:02 PM