PELEPASAN konvoi amal oleh Wak Doyok.
PELEPASAN konvoi amal oleh Wak Doyok.
Lizam Ridzuan


LEBIH 20 Mercedes-Benz pelbagai model terbabit dalam program konvoi amal mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan mengekang pandemik Covid-19, baru-baru ini.

Ia anjuran SL Club of Malaysia-R129 yang juga kelab bagi pemilik Mercedes-Benz.

Model digunakan pula membabitkan SL keluaran 1990 hingga 1995.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas di DCT Motors di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum dilepaskan oleh selebriti, Wak Doyok; Timbalan Pengerusi DTC Motors, Datuk Hazian Murad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afendy Wahid.

Konvoi menuju Hotel Majestic untuk makan malam dan selesai di sana, peserta bergerak ke Dataran Merdeka serta menyusuri Masjid Jamek, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan berakhir di Menara Kuala Lumpur.

MODEL SL keluaran 1991 hingga 1995.
MODEL SL keluaran 1991 hingga 1995.

AHLI SL Club of Malaysia-R129.
AHLI SL Club of Malaysia-R129.

Seorang daripada pengasas SL Club of Malaysia-R129, Lee Yun-Huan berkata, sumbangan diterima dalam kalangan ahli disalurkan terus ke akaun Tabung Covid-19 disediakan kerajaan.

"Ini juga satu daripada aktiviti kebajikan yang sering kami anjurkan selain menghulurkan sumbangan ke rumah anak yatim," katanya.

SL Club of Malaysia-R129 ditubuhkan empat tahun lalu dan mempunyai lebih 50 ahli.

Selain aktiviti riadah, ahlinya juga berkongsi pengetahuan mengenai penjagaan model ini.

Maklumat lanjut berkaitan kelab ini boleh dilayari di laman Facebook SL Club of Malaysia-R129.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 6:42 AM