CAHAYA gentian optik jelas.
CAHAYA gentian optik jelas.
Lizam Ridzuan


ERA mobiliti elektrik tempatan bertambah meriah dengan pengenalan model Mercedes-Benz EQA 250 yang dilancarkan oleh Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini.

Sebagai model permulaan untuk rangkaian model elektrik sepenuhnya Mercedes-EQ, ia dilengkapi dengan kemasan dan ciri termaju.

Model terpenting untuk Mercedes-Benz dalam segmen elektrik ini dibangunkan daripada casis kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak GLA.

Pada bahagian hadapan dan belakang serta lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL), ia dilengkapi ciri LED untuk pencahayaan lebih baik pada sebarang cuaca.

Ia juga datang dengan rim aloi 19 inci AMG lima jejari berkembar selain pintu belakang EESY-PACK dengan ciri kuasa elektrik seterusnya memudahkan urusan membuka dan menutup tanpa perlu menggunakan tangan.

Selain itu, kerusi sport kuasa elektrik dan fungsi memori, empat ketetapan sokongan bahagian belakang, pengecasan tanpa wayar untuk telefon bimbit dan cahaya suasana menjadikan model ini cukup eksklusif.

EQA model permulaan EV Mercedes-EQ.
EQA model permulaan EV Mercedes-EQ.

Model ini juga dilengkapi antaranya sistem multimedia Mercedes-Benz User Exprience (MBUX) dengan paparan meter berkembar 10.25 inci, paparan Head-Up dan pad sesentuh tanpa butang kawalan pada konsol tengah.

Untuk kuasa, EQA dilengkapi bateri lithium-ion dengan lima modul yang terletak di bawah ruang simpanan penumpang pada tengah kenderaan.

Untuk pengecasan, dengan aliran kuasa sehingga 11kW menggunakan kuasa arus ulang-alik (AC), ia mengambil masa sekitar lima jam 45 minit (10 peratus ke 100 peratus).

Pengecasan pantas menggunakan arus langsung (DC) pula mampu menjana sehingga 100kW dengan capaian 10 ke 80 peratus bateri dalam tempoh 30 minit.

Bagi setiap pengecasan penuh, kenderaan ini mampu menjangkau perjalanan sehingga 429km.

PAPAN pemuka sporty.
PAPAN pemuka sporty.

DIJANA kuasa elektrik.
DIJANA kuasa elektrik.

EQA menjana 190 kuasa kuda (hp) dan tork 370Nm dengan pecutan daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 8.9 saat manakala pecutan maksimumnya mencapai 160 km/j.

Meskipun dengan ciri elektrik yang senyap, EQA ini disertakan akustik bunyi Mercedes-Benz sehingga mencapai kelajuan 20km/j bagi memberi amaran kepada pejalan kaki atau penunggang basikal berkaitan kehadiran kenderaan ini.

Ciri keselamatannya antaranya membabitkan Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif dan fungsi amaran keluar.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz EQA 250 dijual pada harga RM278,201 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 7:00 AM