RASHFORD jaring lapan gol musim ini.
RASHFORD jaring lapan gol musim ini.
Agensi

London: Penyerang Manchester United Marcus Rashford berkata dia mahu melupakan seketika media sosial untuk berehat dan menguatkan mentalnya selepas berdepan musim yang mencabar.

Pemain berusia 26 tahun itu disisihkan daripada skuad 33 pemain England kendalian Gareth Southgate untuk Kejohanan Eropah selepas menjaringkan lapan gol dalam 43 penampilan bersama kelabnya.

"Tiba masanya untuk melupakan media sosial beberapa minggu," kata Rashford di X. "Saya mahu berehat dan menguatkan mental selepa berdepan musim sangat mencabar sama ada secara individu mahupun berpasukan.

"Terima kasih kepada penyokong yang teguh di belakang saya ketika tempoh sukar ini. Kami tetap bersama."

Bulan lalu, Rashford menganggap kritikan diterimanya musim ini sesuatu yang melampau.

Katanya di X: "Ia di luar batasan sejak beberapa bulan lalu. Cukuplah, saya tak boleh terimanya."

Namun tidak semuanya menghampakan buat Rashford apabila United muncul juara Piala FA selepas menewaskan Manchester City pada final di Stadium Wembley, Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 8:47 PM