Lizam Ridzuan

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ke-59 dan tidak terkecuali kumpulan pemilik kenderaan BMW M.

Lebih 120 buah model prestasi jalanan BMW itu hadir memeriahkan acara Perhimpunan BMW M Terbesar yang diadakan di pusat beli-belah Lalaport, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KONVOI dari Damansara ke Kuala Lumpur.
KONVOI dari Damansara ke Kuala Lumpur.

Perjalanan dimulakan di Pusat Pameran BMW, Ingress Auto Damansara membabitkan model pelbagai zaman.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser berkata, ia juga bagi meraikan sejarah BMW M selama lima dekad sebagai pasukan yang komited dengan sukan permotoran jenama ini.

HIMPUNAN pemilik BMW M terbesar di Malaysia.
HIMPUNAN pemilik BMW M terbesar di Malaysia.

"Ia juga seiring dengan sambutan Hari Malaysia. Kita dapat lihat hari isti mewa ini cukup menyatukan rakyat negara ini dalam memacu pertumbuhan negara.

"Semangat sama turut ditampilkan dalam kalangan komuniti pemilik BMW M bagi menjadikan jenama ini terus unggul dalam sukan permotoran dunia," katanya.

ANTARA yang dipamerkan.
ANTARA yang dipamerkan.

BMW Group Malaysia juga menyampaikan anugerah pemenang untuk pencarian model BMW M paling lama di seluruh negara pada Mei lalu sempena '50 Jahre M'.

Tiga daripada enam jentera yang memenangi pertandingan itu turut dipamerkan pada acara ini dan ia membabitkan model 1991, 2006 serta 2015.

"Kami benar-benar tersentuh dengan sokongan padu pemilik dan peminat segmen kenderaan prestasi ini di Malaysia," katanya.

PEMILIK BMW M yang menyertai program ini
PEMILIK BMW M yang menyertai program ini

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2022 @ 6:45 AM