Rosman Shamsudin


Behrang: Seorang guru terkejut menjumpai semula dua duit syiling berusia 51 tahun dan satu syiling berusia 38 tahun bernilai RM 1 selepas mengemas rumah di Bandar Behrang 2020, dekat sini.

Ahmad Zaharudin Amin, 52, berkata, syiling berusia 51 tahun berkenaan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1971 dan 1984.

Menurutnya, syiling terbabit adalah pemberian arwah ayah yang juga peneroka FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor ketika masih kanak-kanak lagi.

" Saya masih teringat ketika arwah ayah memberikan syiling berkenaan setiap kali menyambut hari lahir lalu saya menyimpan tetapi selepas itu saya tidak ingat di mana tempat saya menyimpan syiling terbabit.

Ahmad Zaharudin Amin menunjukkan duit syiling RM 1.00 berusia 51 tahun dan 38 tahun. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN
Ahmad Zaharudin Amin menunjukkan duit syiling RM 1.00 berusia 51 tahun dan 38 tahun. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN

" Baru-baru ini, semasa saya mengemas rumah dan terjumpa duit syiling berkenaan di dalam sebuah bekas masih lagi dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Ahmad Zaharudin mengakui, dia percaya duit syiling terbabit mempunyai nilai kepada mereka yang suka mengumpul barang antik atau duit lama.

Katanya, duit syiling yang dijumpai itu mengamit kembali nostalgia ketika zaman kanak-kanak.

" Zaman dahulu duit syiling bernilai RM1 amat bernilai jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana dengan duit berkenaan macam-macam barang boleh dibeli," katanya.

Menurutnya, duit syiling berkenaan memang unik dengan tulisan dan saiznya yang agak besar bagi memudahkan orang ketika itu berurusan ketika berjual beli.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 12:01 PM