Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mula mengedarkan bantuan pakej tablet dan data Internet kepada 2,000 pelajar Tingkatan Lima daripada keluarga asnaf fakir miskin bertujuan membantu mereka mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azam Shaari berkata, RM1.2 juta diperuntukkan bagi tujuan itu dengan pengedarannya dilakukan sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, bantuan itu antara sembilan bantuan diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 10 Jun lalu khusus bagi membiayai keperluan golongan terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Orang Besar Jajahan (OBJ) Daerah Muallim, Datuk Ir Dr. Safry Kamal Ahmad ( tengah) menyerahkan tablet kepada pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Behrang 2020, Yashim Haqimi Aspar (kanan) disaksikan Pegawai Baitulmal Daerah Muallim, Nabil Fikri Mohamad ( kiri) di Pejabat Agama Islam Daerah Muallim. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN.

"Tablet berserta pakej Internet percuma selama enam bulan itu diagihkan secara terus kepada pelajar melalui pejabat cawangan MAIPk seluruh negeri dengan kerjasama pejabat Orang Besar Jajahan (OBJ) daerah.

"Bantuan lain disampaikan adalah sumbangan kepada 25 pusat jagaan anak yatim membabitkan nilai RM308,000; bantuan tajaan bekalan makanan institusi pendidikan (RM200,000); selain sumbangan kepada lima pusat jagaan warga emas dan orang kelainan upaya (RM49,600)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, justeru MAIPk menyeru masyarakat Islam untuk terus menyokong agensi itu selain menunaikan zakat agar dana zakat sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan asnaf di Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 7:00 PM