KASER potong guna pisau lipat selepas kaki tersangkut dalam mesin. FOTO: Agensi
KASER potong guna pisau lipat selepas kaki tersangkut dalam mesin. FOTO: Agensi
Agensi

LINCOLN, Amerika Syarikat: Seorang petani menceritakan detik-detik mengerikan dia memotong kakinya sendiri dengan menggunakan pisau lipat selepas terperangkap dalam mesin menyedut gandum.

Kurt Kaser, 63, yang tinggal di Omaha tengah Nebraska berkata, kejadian itu berlaku pada bulan lalu ketika dia bekerja seorang diri dan secara tidak sengaja terpijak lubang pada penyedut gandum berkenaan.

“Saya turun dari traktor dan terpijak lubang penyedut itu. Ia terus menyedut kaki kiri saya dan apabila saya cuba melepaskan diri, kaki saya disedut lebih dalam,” katanya kepada stesen televisyen KETV.

Selepas lama terperangkap, Kaser sedar satu-satunya pilihan yang ada untuk melepaskan diri adalah untuk memotong kakinya dengan menggunakan pisau lipat kecil yang ada di poketnya.

“Jadi, saya terus memotong kaki saya,” katanya.

Selepas memotong kakinya, dalam keadaan berlumuran darah, Kaser merangkak ke rumahnya untuk meminta bantuan menggunakan telefon.

Akhbar Omaha World-Herald melaporkan, orang pertama yang datang untuk memberi bantuan adalah anak lelakinya sendiri, Adam yang bertugas sebagai anggota penyelamat di pekan itu.

Selepas seminggu di hospital dan dua minggu di pusat pemulihan, Kaser kembali ke rumahnya pada minggu lalu serta optimis dia boleh berjalan semula.

Kaser juga berharap kisahnya itu akan memberi peringatan kepada petani yang lain.

“Kejadian itu berlaku kerana saya nak cepat dan tidak menumpukan perhatian,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 6:05 AM