MICHELLE Milton (kiri). FOTO kanan menunjukkan luka yang tidak sembuh pada kakinya. FOTO Agensi
MICHELLE Milton (kiri). FOTO kanan menunjukkan luka yang tidak sembuh pada kakinya. FOTO Agensi
Agensi

London: Wanita merayu kakinya dipotong kerana tidak tahan menderita selama bertahun-tahun selepas luka pada kakinya mengalami jangkitan akibat dihiris tali pancing.

Michelle Milton, 36, berkata, dia tidak menyangka insiden ketika memancing pada Ogos 2019, menyebabkan paha kanannya mengalami luka ringan.

Katanya, dia dikejarkan ke Hospital Universiti Basildon, Chelmsford, Essex, selepas mengalami demam panas dan bengkak pada lukanya yang sudah dijangkiti.

"Saya menjalani 55 pembedahan, empat cantuman kulit, 30 cucian dan 21 pembuangan tisu.

"Saya merayu kaki saya dipotong kerana tidak tahan setiap hari mengalami kesakitan, tetapi doktor menolak dan hanya memotong sedikit daging busuk pada kaki sahaja," katanya.

Menurutnya, jangkitan itu semakin merebak ke seluruh anggota badan, sejak Oktober lalu, dan kini pahanya mempunyai lubang besar.

"Selain antibiotik, saya dipasang dengan guni vakum mudah alih untuk menyedut keluar nanah yang terus mengalir dari kaki.

"Sudah bertahun-tahun saya tidak menjadi ibu kepada dua anak saya kerana hidup saya banyak dihabiskan di hospital," katanya.

Katanya, dia masih mempertimbangkan sama ada memotong keseluruhan kakinya bagi menamatkan penderitaannya.

"Saya sangat bimbang kerana tiada rawatan dapat membantu sama sekali.

"Saya rasa satu-satunya pilihan yang ada ialah memotongnya kerana saya hanya mahukan 'hidup' saya semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 3:34 PM