BAYI perempuan yang ditemui orang ramai. FOTO ihsan PDRM
BAYI perempuan yang ditemui orang ramai. FOTO ihsan PDRM
Mohd Hasbi Sidek


MAYAT bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi longkang dekat Hotel Citytel, Chow Kit, kira-kira jam 3 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi Manjiji berkata, mayat itu ditemui orang ramai sedang terapung di dalam longkang terbabit.

“Mayat bayi berkenaan ditemui tidak berpakaian dan terapung di air oleh orang ramai sebelum dimaklumkan kepada polis.

"Pemeriksaan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia, namun tidak diketahui puncanya," katanya.

Beliau berkata, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Punca kematian hanya diketahui selepas bedah siasat dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 7:07 PM