ROSMAN tinggalkan skuad negara atas persetujuan bersama.
ROSMAN tinggalkan skuad negara atas persetujuan bersama.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan tiga jurulatih sudah tidak berada dalam barisan kejurulatihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Badan induk itu menerusi satu kenyataan berkata tiga jurulatih yang dimaksudkan ialah Rosman Razak, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty.

"Kontrak Eei Hui dan Pei Tty tidak disambung manakala Rosman meninggalkan skuad negara atas persetujuan bersama. Ketiga-tiga jurulatih berkenaan sedang bercuti dan kontrak mereka akan tamat pada hujung bulan ini.

"BAM mengucapkan terima kasih kepada Rosman, Eei Hui dan Pei Tty di atas sumbangan mereka kepada pasukan kebangsaan dalam beberapa tahun ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka," kata kenyataan itu.

Rosman ketika ini menggalas tugas sebagai jurulatih beregu lelaki manakala Eei Hui dan Pei Tty bersama skuad beregu wanita negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 8:56 PM