DATUK Seri Siti Nurhaliza. FOTO Mustaffa Kamal
DATUK Seri Siti Nurhaliza. FOTO Mustaffa Kamal
Syafil Syazwan Jefri


DATUK Seri Siti Nurhaliza berharap supaya peminatnya tidak bertindak terburu-buru dalam menulis sebarang komen di media sosial, terutama berkaitan isu yang timbul di Instagram Noraniza Idris, semalam.

Siti ketika ditemui di majlis pelancaran produk kesihatan Haney D'Jiwa berkata, dia tahu bahawa tidak semua yang meninggalkan komen berbentuk provokasi itu adalah dalam kalangan peminat-peminatnya.

"Saya harap, peminat-peminat dapat bertenang. Saya tahu, ada dalam kalangan mereka itu bukanlah peminat, sebaliknya melakukan provokasi untuk memanaskan keadaan sahaja," katanya kepada Harian Metro.

Siti bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu yang hangat diperkatakan itu.

"Saya mengambil langkah untuk tidak komen lebih banyak mengenai hal ini kerana pada saya, tak manis dan rasanya tak perlu pun untuk saya komen," katanya.

Siti kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kecil pada 9 Februari lalu dan akan menjalani rawatan Persenyawaan In-vitro (IVF) selepas Aidilfitri nanti.

"Alhamdulillah, sekarang saya dalam tempoh pemulihan. Doktor pun menasihatkan supaya menjalankan aktiviti senaman saya seperti biasa dan Insya-Allah, selepas Aidilfitri, saya akan jalani rawatan IVF," katanya.

  • 'Tak ada niat nak provoke'
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 7:37 PM