SYAMEL dan Ernie Zakri.
SYAMEL dan Ernie Zakri.
Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: Kumpulan Bunkface terpaksa menarik diri dari Konsert Patah Hati 2.0 yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 23 November ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengarah konsert dari ANS Diversified Sdn Bhd, Ahmad Faizal Zulkifli berkata, pihaknya memohon maaf atas apa yang berlaku kerana ia sangat di luar jangkaan.

Ahmad Faizal berkata, konsert tetap diteruskan dengan menampilkan barisan artis yang sudah bersetuju sebelum ini iaitu Naim Daniel, Aisha Retno, Nadeera, Neeta dan Ismail Izzani.

"Atas permintaan ramai, kami juga akan menampilkan penyanyi popular Ernie Zakri yang akan membuat kemunculan semula dalam Konsert Patah Hati 2.0 bersama suaminya, Syamel," katanya.

Ahmad Zulkifli berkata, sebelum ini mereka tidak dapat memberikan kepastian kerana jadual yang terlalu padat.

"Secara kebetulan, Ernie baru selesai rakaman album penuhnya, Aura dan dapatlah dia kembali dalam konsert sekuel ini," katanya.

Ahmad Faizal berkata, Konsert Patah Hati 2.0 yang mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi & Digital Malaysia melalui MyCreative Ventures bakal menonjolkan tema Neon bagi menyemarakkan lagi suasana pada malam konsert itu nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 2:19 PM