Watie dan Talita.
Watie dan Talita.

Kuala Lumpur: Ucapan yang ditulis Watie Hanifah sempena ulang tahun kelahiran anak kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, Dzakira Talita Zahra menyentuh hati ramai pengikutnya di Instagram. 

Dalam hantaran itu, Watie berkongsi mengenai kebaikan anak kedua Shuib dan Allahyarham Siti Sarah yang digelar sebagai Doctor Love (Doktor Cinta) itu kepadanya. 

"Selamat hari jadi, Doctor Love Aunty. Terima kasih selalu menjadi penghibur dan peneman Aunty ke mana pergi. 

"Terima kasih selalu membela dan menangis apabila Daddy (Shuib) bertukar menjadi garang," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada Talita kerana menerimanya untuk menjadi ibu. 

"Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang kamu. Aunty sayang kamu sangat dan terima kasih kerana memilih Aunty untuk menjadi ibu," tulisnya. 

Hantaran itu turut disertakan dengan kompilasi gambar Watie dan Talita yang sangat manis serta akrab seperti ibu dan anak. 

Watie dan Shuib bertunang pada 6 Mei lalu dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 11:27 AM