Foto dikongsi Ainul bersama bayi dan suami
Foto dikongsi Ainul bersama bayi dan suami

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Ainul Aishah berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertamanya seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan pada 29 Mei lalu di sebuah hospital swasta di Damansara. 

Menerusi hantaran di Instagram, Ainul berkongsi nama yang diberikan kepada bayi perempuan hasil perkahwinan dengan suami, Khalid Redzuan iaitu Kara Isabel. 

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

"Alhamdulillah, kami bersyukur untuk berkongsi berita mengenai kelahiran bayi perempuan comel kami, Kara Isabel, pada 29 Mei 2024.

"Terima kasih atas semua doa, kasih sayang, dan perhatian anda sepanjang perjalanan kehamilan saya sehingga kelahiran bayi perempuan saya," tulisnya. 

Dalam hantaran itu, Ainul memaklumkan keadan terkini dirinya dan bayi dan kini menjalani proses berpantang di sebuah pusat penjagaan wanita berpantang. 

"Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Kami menikmati masa tenang bersama kami bertiga.

"Semoga Allah melindungi keluarga kecil kami dan melimpahkan kami dengan keberkatan serta kasih sayang yang melimpah. Syukur Ya Allah," tulisnya. 

Ainul dan suaminya, Khalid  mendirikan rumah tangga pada 18 September 2022.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2024 @ 12:48 PM