Watie bersama suaminya, Shuib.
Watie bersama suaminya, Shuib.
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Ucapan romantis 'Suami Kiriman Tuhan' dengan emoji 'love' yang dititipkan usahawan Watie Hanifiah buat pelawak dan penyampai radio, Shuib ketika berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya sekali gus mencuri perhatian netizen.

Perkongsian video Watie ketika berbulan madu dengan Shuib di IG juga diiringi dengan lagu latar dendangan Govinda dan Ernie Zakri berjudul Hal Hebat.

Dalam perkongsiannya, Watie berkata, sabar itu indah dan Allah SWT mahu dia dan Shuib menikmati segala momen pada waktu tepat.

"Sekarang, kami berdua sudah tahu apa ertinya honeymoon' (berbulan madu)," tulisnya.

Menerusi perkongsiannya lagi, Watie akui banyak perkara yang baru kali pertama mereka lakukan bersama selepas berkahwin.

"Dia (Shuib) selalu minta saya bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain.

"Bila 'dating' bawak kawan, bawak anak, bawak mak.

"Jalan tak boleh pimpin tangan, takda 'dinner date', takda nak pergi 'travel' berdua-duaan," tulisnya.

Kata Watie lagi, Shuib juga akan buat kejutan hari jadi untuknya tapi tidak duduk di meja yang sama.

"Bila nak buat kejutan hari jadi kita pun, dia datang buat kejutan tapi duduk di meja lain, pandang-pandang dan jeling-jeling je dari jauh," tulisnya.

Perkongsian Watie di IG itu turut mendapat pujian dari Shuib di ruang komen.

"Alahai comelnya kapsyen dia, cinta awak, Watie," katanya.

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 38, sah menjadi suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35 dengan sekali lafaz tiga hari lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Jun 2023 @ 5:26 PM