KARL Shafek.
KARL Shafek.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek meluahkan rasa terkilan terhadap seorang individu berpangkat Datuk yang didakwa mahu menjadi 'muse' atau wajah ilham bagi memperagakan busana baharu rekaannya di Kuala Lumpur Fashion Week 2022, Ahad ini pada saat-saat akhir.

Shafek berkata, individu terkenal itu turut tergamak meminta bayaran sagu hati untuk menghadiri acara berkenaan.

"Saya tidak akan benarkan pertunjukan fesyen saya jadi tempat awak jadikan platform untuk jumpa media. Bila awak tiba-tiba nak jadi 'muse' saya pada saat akhir dan minta token (sagu hati), buat saya rasa sangat mual nak muntah.

"Dua bulan lepas saya pernah hubungi awak untuk jadi rakan jenama saya dan saya tawar awak jadi 'muse' saya kalau awak setuju. Mula-mula awak balas dengan semangat tapi bila saya hantar 'proposal' (kertas kerja) awak terus 'bluetick' (tidak membalas) saya," tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Facebook.

Menurut Shafek, dia tidak akan membiarkan individu itu merosakkan pertunjukan fesyen yang sudah dirancang sejak tiga bulan lalu.

"Maaf saya dah bersungguh-sungguh selama dua, tiga bulan untuk buat koleksi dan pertunjukan fesyen terbaik dalam hidup saya. Saya percaya awak akan hancurkan acara saya nanti menjadi persembahan awak. Sumpah," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 9:24 PM