KARL Shafek
KARL Shafek
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Hasrat pelakon, pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek membuka restoran di Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam tidak kesampaian apabila empat kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Karl berkata, dia terpaksa menangguhkan pembukaan restoran terbabit kerana menjadi kontak rapat. "Mohon maaf kepada warga Taman Tun Dr Ismail kerana kami terpaksa menangguhkan pembukaan cawangan kelima Dulang Kafe yang diuruskan oleh saya.

"Seramai empat kakitangan disahkan positif Khamis lalu ketika masing-masing sibuk membuat persiapan akhir pembukaan restoran.

"Saya kini sedang menjalani kuarantin di rumah. Alhamdulillah, keputusan ujian saringan saya setakat ini negatif tapi saya perlu buat ujian dalam masa tiga hari lagi. Semoga di sebalik ujian ini ada hikmahnya," katanya.

Menurut Karl, dia akan maklumkan pembukaan restoran pertamanya itu dalam waktu terdekat.

"Kami akan umumkan tarikh baru dalam masa terdekat. Semoga dipermudahkan semuanya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 6:59 PM