Aeril Zafrel
Aeril Zafrel
Affan Rostam


Kuala Lumpur: "Harga duit hantaran tu."

Itu reaksi kebanyakan netizen selepas pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, 34, memuatnaik hantaran di Instagram dengan memaparkan harga makanan lebih RM10,000 yang perlu dibayarnya ketika bercuti di London bersama isteri, Wawa Zainal dan beberapa rakan artis dan usahawan lain.

Bagaimanapun, ada yang menyifatkan itu adalah harga berpatutan memandangkan mereka makan di restoran Nusr-Et Steakhouse London milik cef terkemuka dunia, Salt Bae selain nilai mata wang Malaysia lebih rendah berbanding United Kingdom.

"Okaylah makan dekat 'oversea' berbaloi dah tu dengan harga," kata seorang pengikutnya, noryn_kamal.

"Sebenarnya, tak terlalu mahal. Itu sebab kadar pertukaran wang," kata Zacko pula.

"Yang 'serve' tu Salt Bae kot," kata nish_eid.

Selain itu, di ruangan komen Aeril juga tidak terlepas daripada usikan-usikan netizen yang menggambarkan harga itu bersamaan dengan jumlah pengeluaran wang khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM10,000.

"Habis terus 10k duit KWSP hari tu," kata anne_niza.

"Habis duit KWSP," kata Haji Soloz.

Aeril dan Wawa menguruskan perniagaan kosmetik dan berjaya mencipta pelbagai detik indah dalam kehidupan mereka selain pernah menerima anugerah The Most Versatile Marketing dan The Most Influencing CEO.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 4:25 PM