SALT BAE menjadi bualan netizen kerana bakal membuka cawangan sulung restoran mewahnya di UK pada 17 Mei depan. FOTO Agensi
SALT BAE menjadi bualan netizen kerana bakal membuka cawangan sulung restoran mewahnya di UK pada 17 Mei depan. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang cef yang mendapat gelaran Salt Bae mendapat perhatian di laman sosial kerana akan menawarkan hidangan stik bersalut emas 24 karat di cawangan restoran sulungnya dekat United Kingdom (UK).

Restoran itu akan dibuka pada 17 Mei depan iaitu hari sama penduduk dibenarkan semula makan di dalam restoran.

Mirror UK melaporkan, Salt Bae akan menjual hidangan unik itu dengan harga 700 Pound Sterling (kira-kira RM4,023).

Desas-desus pembukaan restoran di barat London itu sudah tersebar sejak 2017, namun baru kini kenyataan selepas sekatan pergerakan ditamatkan.

STIK bersalut emas 24 karat salah satu hidangan ada di restoran Salt Bae. FOTO Agensi
STIK bersalut emas 24 karat salah satu hidangan ada di restoran Salt Bae. FOTO Agensi

Pembukaan restoran mewah itu menjadi bualan netizen antaranya di Twitter.

"Jumpa saya di restoran Salt Bae sebaik ia dibuka London," tulis seorang pengguna menerusi Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter mengibaratkan pembukaan restoran Salt Bae di London seperti ceri yang diperlukan pada musim panas.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gok├že, adalah pemilik rangkaian stik mewah dikenali Nusr-Et .

Beliau memiliki rangkaian restoran mewah itu di seluruh dunia dari Abu Dhabi hingga Greece dan pernah menyediakan hidangan untuk selebriti terkenal seperti Leonardo Di Caprio dan David Beckham.

Salt Bae mendapat iham menyediakan stik dengan cara unik ketika bekerja di restoran Argentina dan Amerika Syarikat (AS) secara percuma iaitu tempat beliau belajar menguasai kemahiran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 4:24 PM