Lukisan anak Nora yang dimuat naik di IG.
Lukisan anak Nora yang dimuat naik di IG.

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berkongsi rasa rindu kepada anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan apabila terjumpa lukisan lama yang dilukis oleh Alif untuk adiknya, Putri Nur Dahlia.

Dalam hantaran di Instagram itu, Nora mendoakan agar roh anaknya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

"Luluh hati seorang ibu terjumpa nota lukisan pesanan lama yang dilukis oleh arwah Alif Johan kepada Putri. 

"Kasih sayang adik beradik tak akan putus. Moga anakanda Alif ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Rindu kamu, Alif," tulisnya. 

Nora juga turut memuat naik lukisan yang dilukis Alif lengkap dengan tarikh 21 Ogos 2010. 

Terdahulu, Alif disahkan meninggal dunia pada 14 Disember 2019 secara mengejut. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Februari 2022 @ 6:01 PM