Lana bersama suaminya, David Mackienzie.
Lana bersama suaminya, David Mackienzie.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang yang didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. 

David berkata, surat tuntutan yang bakal dihantar kepada pengarah itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan 'perbalahan' yang tercetus membabitkan Lana dan Michael. 

"Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada. 

"Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain," katanya. 

Menurut David, dia berasa kesal dengan tindakan pengarah itu yang melabel isterinya sebagai seorang yang 'bimbo' dan tidak menyokong petugas barisan hadapan. 

"Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah. 

"Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita. 

"Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya. 

"Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal," katanya. 

Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak pengarah itu yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 6:01 PM