TARIK diri atas alasan tertentu. - FOTO Google
TARIK diri atas alasan tertentu. - FOTO Google
HM Digital

BUKAN mudah untuk menarik diri apabila sudah menerima tawaran membintangi sebuah drama. Bagaimanapun, pasti ada sebab tertentu sekiranya pelakon mengambil keputusan besar sebegitu.

Itu yang dilakukan pelakon Kim Young Dae apabila enggan meneruskan niat membintangi drama School 2021. Meskipun sudah disahkan membintanginya, dia kemudian menarik diri atas alasan tertentu.

Menurut sumber industri, Young Dae nekad berbuat demikian kerana berlaku pengubahan terhadap drama itu daripada perancangan asal. Disebabkan itu, produksi terbabit kini dalam proses mencari penggantinya.

Penarikan diri pelakon itu, Outer Korea turut mengesahkan berita terbabit.

Terdahulu, Young Dae disahkan bakal bergandingan dengan Kim Yo Han untuk menjayakan School 2021. Dia sepatutnya melakonkan watak seorang pelajar, Jung Young Joo yang memiliki sejarah hitam.

Drama terbabit berkisar mengenai kehidupan anak muda yang memilih jalan tersendiri demi mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan kemasukan kolej. Drama itu disuntik elemen cita-cita, persahabatan dan proses kedewasaan.

Selain Young Dae dan Yo Han, ia turut membariskan nama popular termasuk Cho Yi Hyun dan Hwang Bo Reum. Drama berkenaan dijadualkan mula ditayangkan pada Ogos depan dan bulan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 6:35 AM