ARIANA Grande sudah bertunang dengan Dalton Gomez.
ARIANA Grande sudah bertunang dengan Dalton Gomez.
Agensi

Los Angeles: Penyanyi Ariana Grande, 27, mengumumkan sudah bertunang dengan kekasih yang juga ejen hartanah, Dalton Gomez, hari ini.

Pertunangan itu dibuat selepas pasangan terbabit menjalin hubungan cinta selama setahun.

Menerusi perkongsian Grande di Instagram, penyanyi itu turut mempamerkan sebentuk cincin berlian yang menjadi bukti ikatan kasih mereka.

Pasangan itu mula mendedahkan mengenai hubungan mereka sekitar Mei lalu. Ia selepas Gomez turut membuat penampilan istimewa dalam muzik video lagunya Stuck With U.

Terdahulu, Grande dilaporkan agak ragu-ragu untuk berbuat demikian berikutan beberapa kali gagal dalam hubungan cintanya sebelum ini.

Khabar gembira pertunangannya itu sekali gus mendapat reaksi luar biasa daripada rakan artis lain. Antaranya Hailey Bieber, Demi Lovato, Kim Kardashian, dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 12:37 PM