DEMI Lovato.
DEMI Lovato.
Michelle Gun

Berita penyanyi terkenal Demi Lovato ditemui tidak sedar diri akibat pengambilan dadah berlebihan minggu lalu mengejutkan ramai.

Antaranya rakan baik Lovato, Selena Gomez yang dikhabarkan berduka mengenangkan penyanyi itu.

Walaupun sudah seminggu di hospital, Demi, 25, dikatakan terpaksa melanjutkan tempoh rawatan akibat komplikasi.

Difahamkan penyanyi Sorry Not Sorry itu juga mengalami demam panas tinggi dan rasa loya teruk.

Portal Daily Mail melaporkan Demi dijangka dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lagi.

Pihak pengurusan Demi merancang memasukkan penyanyi itu ke pusat pemulihan sebaik dia sembuh.

Bagaimanapun, usaha itu gagal berikutan Demi pernah menolak rawatan memulihkan masalah ketagihan dadah pada Jun lalu.

Sementara itu, beberapa rakan Demi berpendapat penyanyi itu boleh pulih sekiranya menamatkan karier seninya.

Ini kerana Demi berkecimpung dalam dunia hiburan sejak usia 13 tahun dengan tampil sebagai bintang Disney.

Menurut seorang rakannya, penyanyi itu sibuk dan jarang dapat berehat.

Pada 25 Julai lalu, Lovato ditemui paramedik dalam keadaan tidak sedar diri di kediamannya di Hollywood Hills, Los Angeles.

Beberapa rakan artis termasuk Lady Gaga, Jonas bersaudara, Ariana Grande, Kesha, Ruby Rose dan Bruno Mars menunjukkan sokongan mereka terhadap Demi dengan memuat naik status ke media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Ogos 2018 @ 2:00 AM