Ariana Grande dan Dalton Gomez berkahwin pada 2021 dalam satu majlis kecil. FOTO AGENSI
Ariana Grande dan Dalton Gomez berkahwin pada 2021 dalam satu majlis kecil. FOTO AGENSI
Agensi

Kuala Lumpur : Selepas dua tahun berumah tangga, penyanyi, Ariana Grande memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dalton Gomez di Los Angeles, semalam.

Sumber terdekat pasangan itu mengeluarkan kenyataan bahawa pasangan itu memilih jalan perceraian kerana perbezaan pendapat dan tidak sehaluan lagi.

Kali terakhir Grande memuat naik gambar bersama Gomez di media sosialnya ialah pada November lalu.

Grande dan Gomez yang juga ejen hartanah berkahwin pada 2021 dalam satu majlis kecil yang hanya dihadiri 20 tetamu.

Spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga mereka bermula sejak Julai lalu apabila penyanyi lagu Thank U, Next itu dilihat muncul di khalayak tanpa memakai cincin perkahwinannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 11:28 AM