Agensi

Los Angeles: Selena Gomez menyeru pengikut dan peminatnya supaya tidak melakukan perkara negatif antaranya menulis kecaman atau mesej berbaur kebencian.

Tindakan dan seruan itu dibuat Gomez selepas isteri kepada penyanyi Justin Bieber, Hailey Bieber berkongsi mengenai kecaman yang diterimanya daripada peminat Gomez sejak dia bertunang sehinggalah ke hari ini.

"Ia tidak adil kerana tak ada orang pun yang patut menerima kecaman sebegitu," katanya menerusi video secara langsung di TikTok, semalam.

Menurutnya, penyokongnya adalah pengguna setia jenama Rare Beauty dan menyumbang kepada Rare Impact Fund, namun masih ada lagi dalam kalangan mereka yang tidak memahami objektifnya.

"Kalau anda menyokong Rare, saya hanya mampu mengucapkan terima kasih bukan hanya kerana sokongan anda, tetapi juga kerana anda mewakili Rare.

"Apa yang ingin saya tekankan adalah kata-kata itu sangat penting. Saya harap anda semua faham apa yang saya maksudkan," katanya.

Gomez dan Bieber sebeglum ini bercinta selama lapan tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2018.

Beberapa bulan kemudian, Bieber dan Hailey mula bercinta dan kemudian bertunang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 2:37 PM