DJ Lin ketika dirawat di hospital.
DJ Lin ketika dirawat di hospital.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Selepas hampir dua minggu berdepan pelbagai masalah kesihatan, penyampai radio, DJ Lin dimasukkan ke hospital pakar di Damansara, di sini, jam 11 malam semalam. 

Lin ketika dihubungi berkata, masalah kesihatan itu mengganggunya sekali gus membuatkan badannya bertambah lemah. 

"Hampir dua minggu saya alami selsema teruk dan pada masa sama kena alahan teruk di kulit. Seluruh tubuh saya mula merah-merah dan kemudian, saya mula sakit kepala dan demam. Hampir dua minggu juga saya tak dapat tidur dengan nyenyak kerana tak selesa," katanya kepada Harian Metro. 

Disebabkan itu, Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menjalani ujian swab Covid-19. 

"Pesakit yang ditahan di sini memang diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 dan hari ini, saya diberi keputusannya. Alhamdulillah, negatif. 

"Selain itu, ada beberapa ujian lain antaranya ujian untuk sinus, ujian darah, X-Ray, ultrasound, imbasan CT (CT Scan) serta beberapa ujian lain," katanya. 

Buat sementara waktu, penyampai segmen Suria Cinta itu perlu berada di wad sehingga hujung minggu ini. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 5:08 PM