Awie perkenal busana jenama Tokwi. FOTO OWEE AH CHUN
Awie perkenal busana jenama Tokwi. FOTO OWEE AH CHUN
Ramlah Zainal


VOKALIS Wings yang terkenal dengan imej rock, Datuk Awie kini bergelar pereka fesyen apabila bakal memperkenalkan koleksi busana tradisional jenama Tokwi tahun ini.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, koleksi pertama Tokwi bersama kumpulan Wings itu akan diperagakan kepada orang ramai pada pertunjukkan fesyen yang akan berlangsung pada 9 Jun ini di Pavillion, Kuala Lumpur.

“€œSebenarnya, saya sangat tertarik dengan busana tradisional sejak dulu.

“€œDari segi idea semuanya diri saya sendiri.

“€œSaya meminta anggota Wings menggayakan koleksi busana Tokwi ketika di pentas contohnya pada persembahan bertemakan nostalgia Jalan Tuanku Abd Rahman, minggu lalu.

“€œNama Tokwi itu sendiri berasal dari keturunan datuk saya dari beberapa generasi lalu,” €katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai rekaan, kata Awie, rekaan busana tradisonal itu tidaklah rumit seperti disangka.

“€œApa yang penting, kita perlu tahu untuk suai padankan warna pada penampilan.

“€œSoal rekaan tidak susah kerana semuanya sama saja, cuma padanan warna itu yang penting.

“€œSelepas sambutan raya nanti, kami akan hasilkan lebih banyak rekaan dengan warna yang menarik,” €katanya.

Beralih perancangan masa depan pula, kata Awie, pihaknya akan membuka butik jenama terbabit untuk peminat.

“€œMengikut perancangan, kami akan membuka butik di kawasan Gombak.

“€œSoal harga pula jangan risau, saya tahu untuk busana tradisional seperti ini boleh mencecah sehingga RM600 ringgit kerana kualiti kain.

“€œSebab itu, pihak kami akan berikan harga kasih sayang,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 4:20 PM