FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Amirul Haswendy Ashari.


SELEBRITI popular, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 27, dan isteri, Awin Nurin, 34, tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

“Ada beberapa usaha yang kami lakukan dan rasanya tidak perlu sebut di sini. Rezeki datang dari Allah SWT dan kami harap usaha dilakukan pada masa ini berhasil.

“Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini,” kata Izzue.

Mereka juga belum bercadang untuk mengambil anak angkat seperti mana pasangan lain yang sudah lama berkahwin.

Katanya, dia percaya Allah SWT belum mengurniakan rezeki anak kerana mahu memberi rezeki dalam bentuk kerjaya terlebih dulu.

“Mungkin selepas kehidupan kami selesa dan tenang, barulah rezeki anak pula selepas ini,” katanya ringkas.

Walaupun begitu, dia menolak dakwaan kesibukan dalam bidang seni dan perniagaan membataskan mereka memiliki anak sendiri.

Imbas kembali, Izzue dan Awin berkahwin empat tahun lalu pada 2 Jun 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2018 @ 5:20 PM