Muzik video Cakap Ke Tangan ditonton lebih 70,000 pelayar sejak Jumaat lalu.
Muzik video Cakap Ke Tangan ditonton lebih 70,000 pelayar sejak Jumaat lalu.
Sudirman Mohd Tahir


Muzik video lagu Cakap Ke Tangan nyanyian Ummu Shaikhah Stacy Anam atau Stacy yang dilancarkan kelmarin mendapat pujian peminat malah ada menyifatkan ia setaraf muzik video penyanyi antarabangsa lain.

Stacy ketika dihubungi berkata, dia berpuas hati dengan penghasilan muzik video arahan Casper itu.

"Syukur apabila ramai beri maklum balas positif. Secara peribadi, saya sangat berpuas hati. Tak sia-sia saya menjalani latihan selama sebulan.

"Idea muzik video ini adalah hasil perbincangan bersama saya dan pengarah. Memandangkan saya sudah lama tidak muncul, jadi kami sengaja ketengahkan banyak eleman tarian," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Stacy, meski penggambaran dijalankan dalam sebuah gudang, hasilnya sangat luar biasa.

Dalam masa sama, Stacy bersetuju apabila peminat mengatakan muzik video itu nampak mahal.

"Saya sangat kagum dengan hasilnya. Apabila ada peminat mengatakan ia nampak mahal, saya bersetuju. Sentuhan kreatif Casper, kesan lampu dan suntingan memberikan hasil memukau,” katanya.

Pengarah muzik video itu pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 bagi kategori Muzik Video Terbaik menerusi lagu Not For Sale nyanyian Stacy.

Muzik video ini sudah ditonton lebih 70,000 pelayar sejak ia dilancarkan secara rasmi di laman YouTube, Jumaat lalu.

Single terbaru Stacy ini adalah ciptaan suaminya, Akim Ahmad dan Laq.

End

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2017 @ 5:47 PM