AYDA Jebat. FOTO arkib NSTP
AYDA Jebat. FOTO arkib NSTP
Najiy Jefri


MUZIK video lagu terbaru dendangan penyanyi Ayda Jebat, Temberang masih menduduki carta pertama trending di YouTube Malaysia.

Lagu hasil kolaborasi antara Hael Husaini, Ezra Kong dan Ayda itu mula trending sejak Ahad minggu lalu.

Ayda ketika dihubungi berkata, tiada kata yang mampu diungkapkan saat ini selain syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada peminat.

"Alhamdulillah, sejujurnya saya masih ‘speechless’. Saya sendiri tak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik selepas mendengar lagu Temberang dan menonton muzik video terbabit.

"Saya sangat bersyukur dan berharap ini bakal menjadi permulaan yang baik untuk tahun 2019," katanya.

Ditanya mengenai perancangan tahun baru, pelantun lagu Pencuri Hati itu mahu memberikan fokus untuk menghasilkan produk berkualiti.

"Kekuatan saya adalah peminat. Mereka adalah nadi perjalanan seni saya. Insya-Allah saya akan terus berusaha dalam menghasilkan produk berkualiti.

"Selain bidang lakonan dan nyanyian, saya juga akan memberikan fokus kepada perniagaan saya yang baru sahaja dimulakan,” katanya.

Sehingga kini, muzik video Temberang mendapat hampir 2.7 juta tontonan serta hampir 70,000 tanda suka sejak dilancsrkan pada 21 Disember lalu.

Muzik video ini turut menampilkan dua pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lje.

Lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 3:24 PM