FOTO Mikail Ong
FOTO Mikail Ong
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Sekumpulan 20 lelaki berkumpul di perkarangan Hotel Equatorial dengan memegang sepanduk mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletakkan jawatan.

Kumpulan mengelar diri mereka sebagai Rakyat Pulau Pinang itu mendakwa menyokong Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.

Semalam, kumpulan yang sama turut melakukan perhimpunan di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Di situ juga terdapat beberapa poster dilemparkan atas jalan dengan tertulis `Lim Guan Eng, Do You Still Remember 8 Mac 2008 di Red Rock Hotel, You robbed someones chief ministership. It's okay and we made an agreement. But You betrayed the agreement’.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2015 @ 2:28 PM